DHCP Server Setup dengan NetBSD


DHCP Server Setup dengan NetBSD 3.1

 

DHCP server ni dalam dunia networking amatlah memudahkan dan menyenangkan untuk connect client tanpa perlu setup dan risau

ip address akan conflict dan sebagainya:

 

Kelengkapan:

 

1- 1 Box yg dah siap install NetBSD, dan jalan... ( kes nih aku guna box buruk aku p200/166mmx )

 

2- 1 NIC ( at least ) dan sambung ke network/hub/switch ( card/onboard tarak hal punye )

 

3- Switch/hub/kabel cross kalau nak sambung ke client mana2 untuk test...

 

 

Cara2:

 

By default, NetBSD dan installkan dhcpd daemon dalam sistem, cuma perlu config saja... kalau FreeBSD kene install sendiri..

 

 

1- Check file dhcpd.conf wujud atau tidak dalam /etc. Kalau takde, create file dhcpd.conf:

 

# touch /etc/dhcpd.conf

 

 

edit file dhpd.conf tadi menggunakan editor pilihan anda.. vi, nano, pico, joe, vim, emacs.. terpulang.. dan isikan value2 dibawah:

 

allow unknown-clients;

ddns-update-style ad-hoc;

 

subnet 10.0.0.0 netmask 255.255.255.0 {

 

range 10.0.0.100 10.0.0.250 ;

default-lease-time 86400 ;

 

max-lease-time 86400 ;

 

option subnet-mask 255.255.255.0 ;

 

option domain-name-servers 61.6.32.163, 192.228.128.15, 208.67.222.222, 192.228.128.16,208.67.220.220,

161.142.201.17, 202.188.1.23  ;

 

option routers 10.0.0.1;

}

 

 

dah setel then save...

 

 

 

penerangan ringkas ( yg penting2 je tau! ):

 

subnet 10.0.0.0 netmask 255.255.255.0

Ni untuk network dan subnet network kita. Dalam contoh aku ni guna 10.0.0.0/24, terpulang kalau nak pakai

192.168.XX atau 172.XX edit dan sesuaikan ikut setting sendiri. Nak ikut bulat2 pun boleh gak..

 

range 10.0.0.100 10.0.0.250

Ni "jarak lingkungan ip" yg akan diberi kepada client, ertinya lebih kurang dalam 150 ip/client mampu ditampung..

kalau untuk network yg besar, boleh besarkan subnet dan besarkan range hingga beratus2 atau beribu ip/pc/client 

 

default-lease-time 86400

max-lease-time 86400

Tempoh masa untuk satu2 ip "dipinjamkan" kepada client, value dalam saat..jadi 86400 bersamaan dengan 24jam/1 hari.

Selepas tempoh ini, ip akan expired dan renew. Boleh tambah value untuk lebih lama seperti 3 hari, seminggu dsb.. Max-lease

-time pula adalah tempoh maksimum.

 

option domain-name-servers

Value untuk DNS server, letak ikut ISP masing2. Nak eksperimen taruk value yg kat atas pun boleh.. ada Jaring, TMNET, OpenDNS.

Server juga bukan server biasa yg congested.. so sepatutnya tugas resolv internet lebih lancar.

 

option routers 10.0.0.1

Ini value untuk "default gateway".

 

 

So kalau sesapa perasan, dengan setup DHCP daemon ni, setiap client kita tak perlu lagi set TCP/IP secara manual satu

persatu yg meletihkan, cukup dengan set DHCP server, dan pada client, setkan semua setting ip/dns sebagai "automatic". 

 

Belum siap.. to be continue.. sikit je lg ehehehe..